Tuesday, May 12, 2015

NOTA TERKUMPUL 6


Soalan terkumpul siri #6:
S57: Apakah status hadith Barakah (pembantu Ummu Salamah dan Ummu Aiman yg minum air kencing كانالنبًصلىاللهعلٌهوسلمٌَُبوُلفًَقَدِح ِعٌَدانُثمٌَْرَفُعَتْحَت َسِرٌِرِهَفَباَلفٌهُثمجاءَفأََراَدهُفإذااْلَقَدُحلٌسفٌه َشًْءفقال(.nabi
لا ْم َرأَة ٌُ َقا ُل لها " َب َر َك ُة " كانت َت ْخ ُد ُم أُم َح ِبٌ َب َة َجا َء ْت بها من أَ ْر ِض ا ْل َح َب َش ِة ( أَ ٌْ َن ا ْل َب ْو ُل الذي كان فً ا ْل َق َد ِح ؟ ) قالت : َش ِر َب ُت ُه ، فقال ( لَ َق ِد ) ا ْح َت َظ ْر ِت ِم َن النا ِر ِب ِح َظار
J57: Ianya hadith Dha'if bahkan tiada satupun hadith yang Sahih dalam bab ini. Hadith Barakah Umm Yusuf meminum air urin Nabi datang dari jalur Ibn Juraij dari Hukaimah bint Umaimah dari Ibunya, ianya adalah hadith Dha'if. Baginya beberapa penyakit:
Pertama: Jahalahnya Hukaimah, berkata al-Zahabi tentangnya "غٌر معروفة - tidak dikenali" (Mizan al- 'Itidal, 1/587)
Kedua: Matan hadith baginya ittirab dengan ittirab yang berat
Ketahuilah bahawa urin Nabi SAW adalah seperti urin manusia lainnya dan baginya hukum najis yang sama, ini kerana telah thabit Sahih bahawa Nabi SAW melakukan istinja' selepas membuang urin, ini menunjukkan ia najis. Tidak Sahih walaupun dari seorang Sahabat bahawa mereka meminum air urin Nabi SAW, dan tiada yang Sahih dalam ini walaupun satu. Allah Maha Mengetahui.
Nota: air urin = air kencing, english : urine
S58: Apakah status hadis ini: Rasulullah SAW bersabda:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (HR Qurthuby).
J58: Hadith Palsu, mengi'lalkan hadith ini oleh al-Qurtubi sendiri apabila dia berkata. Uanya Gharib. Isnad hadith ini baginya beberapa penyakit:
Nasr bin Hammad seorang pendusta hadith, sebagaimana kata al-Imam Ibn Ma'in dan lainnya. Bersama-sama itu, Nasr juga tafarrud bagi hadith ini. Ini qarain menguatkan bahawa ia Palsu. Matannya bercirikan hadith Palsu, ini qarain menguatkan palsunya ia.
Jahalahnya Malik bin Abdullah al-Azdi serta al-'Abbas al-Qurasyi

Allah Maha Mengetahui.
S59: Sabda Nabi SAW : Barangsiapa mendengar ia akan bang maka mengucup ia akan dua ibu tangannya maka menghantar ia yakni akan keduanya atas 2 matanya dan berkata ia ‘‘Marhaban bizikrillahi ta’ala qurrotu a’yunina bika ya Rosulallah’’ maka akulah yang mensyafa’atkan akan dia pada Hari Qiamat dan yang menolong akan dia kepada syurga (faedah)
Ada yg mnyatakn hadis diatas daif dan diamalkan dalam fadhil a' mal.. mashyur dlm kitab thurah jawi. Sy jg slalu nmpk bberapa org di tempat sy mngamalkn amaln ni. Soalan saya adakah benar ia daif ?
J59: Munkar, tiada yang Sahih dalam bab. Allah Maha Mengetahui
S60: Mohon pencerahan status hadis ni.
حسن الظن من حسن العبادة
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, beliau bersabda "Baik sangka itu termasuk baiknya ibadah"
J60: Hadith Dhaif, dikeluarkan antaranya oleh Ahmad dan lafaz dalam soalan adalah lafaz Ahmad, juga dikeluarkan al-Tirmizi dengan lafaz "bersangka baik dengan Allah...", hadith diDha'ifkan oleh al-Tirmizi sendiri dengan katanya "Gharib", juga oleh al-Daraquthni dalam al-'Ilal. Hadith ini walaupun Dhaif isnadnya, namun intipati maknanya benar. Allah Maha Mengetahui.
S61: Bagaimana berinteraksi dgn kisah gharib dalam kitab tarajim spt tazkiratul huffaz, hilyatul awlia dll?
J61: Semak kesahihannya, dan melihat penjelasan ulama baginya. Allah Maha Mengetahui.
S62: Apakah panduan beramal hadits-hadits dhaif yg meriwayatkan doa?
J62: Boleh beramal dengan hadith-hadith Dha'if berkait doa, perlu diketahui bahawa manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan hadith-hadith doa secara khusus ialah: hadith-hadith doa walaupun ia tidak thabit dari segi naqal, iaitu samada ia dha`if khafif, atau dha`if jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun, hukum beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan), selagimana isi kandungan doa itu tidak bertentangan dengan asas-asas umum agama, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.
Al-Imam Ibn Khuzaimah (311H) dalam kitab beliau Mukhtasarul Mukhtasar, dalam bab al-Manasik, telah menerangkan kecacatan ('illah) satu hadith yang mengandungi doa. Namun , sejurus selepas itu beliau berkata hadith doa ini sekalipun tidak 'thabit' dari segi naqal (iaitu rantaian periwayatan samada dhaif khafif, atau dhaif jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun) namun ia mubah (boleh) diamalkan. Isyarat yang sama dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi, Imam `Abdulrahman ibn Mahdi dan lain-lain.
Antara sebab bolehnya beramal dengan hadith-hadith doa yang dha`if ini ialah kerana lafaz doa adalah bersifat bebas dan tidak terikat sepertimana lafaz zikir yang ma'thur dari Nabi SAW. Maka berdoa dengan menggunakan lafaz hadith-hadith doa yang dha`if adalah lebih utama daripada menggunakan lafaz doa yang bersifat bebas, bahkan tanpa sanad langsung.
Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu. Hal ini berbeza dengan hadith-hadith dalam fadha`il `amal yang lain (selain daripada jenis doa) dimana syaratnya agak ketat sedikit berbandiang hadith-hadith doa, iaitu ia boleh diamalkan dengan beberapa syarat antaranya ia bukan hadith yang dha`if jiddan, tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW. Allah Maha Mengetahui.
S63: berkenaan hadis "tuntut ilmu ke negeri china".. telah saya baca di blog dr fathi.. cuma ingin tahu adakah ada pendapat lain mengenai hadis ini ?
J63: Ianya hadith Batil. Sebahagian silap menilainya Hasan, dan telah saya bantah hujah mereka yang cuba menguatkan hadith ini dalam risalah saya bertajuk "Penjelasan Status Hadith: Anjuran menuntut ilmu ke negara Cina". Allah Maha Mengetahui.
S64: adakah hadis sahih yang menceritakan kelebihan (menyentuh/melihat/apa2 sahaja yg berkaitan) kaabah?
J64: Terdapat riwayat yang menyatakan melihat ka'bah adalah ibadah, namun tiada satupun hadith marfu' yang Sahih dalam bab. Namun ada athar, Ahmad bin Hanbal menyatakan melihat baitullah adalah ibadah, yang dimaksudkan di sini ialah bukan semata-mata melihat itu menjadi ibadah, dan tidaklah boleh seseorang beribadah dengan melihat ka'bah, kerana ibadah memerlukan dalil Sahih, yang dimaksudkan oleh Ahmad bin Hanbal dengan ungkapannya itu ialah secara sastera, iaitu jika seseorang melihat ka'bah sambil mengingat kebesaran Allah, dan sambil berdoa atau berzikir yang disyariatkan, maka baginya pahala. Allah Maha Mengetahui.
S65: adakah ada mana-mana hadis sahih yang menceritakan berzikir sambil menari ?
J65: Tiada yang Sahih. Terdapat satu riwayat yang suka digunakan para sufi, seingat saya dalam Musnad al-Imam Ahmad, dan ianya adalah hadith Munkar. Allah Maha Mengetahui.
                                 *******************

NOTA TERKUMPUL 5


Soalan terkumpul siri #5:
S46: Al-Hasan adakah ianya mendengar daripada Jundub r.a. ? Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada ayahnya bahawa al-Hasan tidak mendengar daripada Jundub dan Abu Hurairah r. tetapi dalam Sahih al- Bukhari ada riwayat Jundub r.a. daripada al-Hasan dengan lafaz haddathana. Benarkah ini kesilapan pada sebahagian nuskhah Sahih al-Bukhari?
J46: Ini adalah soalan yang baik. Perlu diketahui bahawa terdapat perselisihan sesama nuqaad berkenaan sama ada mendengarnya al-Hasan yakni al-Basri dari Jundub bin 'Abdillah atau tidak.
Al-Imam Abu Hatim antara yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub, ini sebagaimana kata anaknya Ibn Abi Hatim dalam al-Marasil (138):
"سمعت أبً -رحمه الله- ٌقول: لم ٌصح للحسن سماع من جندب رحمه الله"
Terjemahan: “daku mendengar ayahku (al-Imam Abu Hatim) berkata: tidak benar mendengarnya al-
Hasan dari Jundub”
Manakala al-Imam ‘Ali Ibn al-Madini menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub, ini sebagaimana katanya dalam 'ilal al-hadith wa ma'rifat al-rijal wa al-tarikh (64):
سمع من جندب بن عبد الله
Terjemahan: "mendengar (al-Hasan) dari Jundub bin 'Abdillah".
Turut sama sependapat dengan 'Ali ibn al-Madini ialah al-Imam al-Bukhari serta al-Imam Muslim yakni al-Hajjaj. Berkata al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (2/221) ketika membicarakan Jundub:
سمع منه الحسن
Terjemahan: "mendengar darinya al-Hasan"
Dalam ulum hadith, terdapat satu kaedah umum berbunyi "ًالمثبت مقدم على الناف / al-muthbit muqaddam 'ala al-nafi", iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian, dalam kes ini penetapan mendengarnya al-Hasan dari Jundub didahulukan daripada penafian. Perlu diketahui bahawa kaedah ini adalah kaedah umum dan tidak boleh digunakan semudah-mudahnya, sebaliknya ia mestilah disokong dengan qarain (petunjuk kuat), dan dalam kes kita ini terdapat qarain yang kuat iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama' serta mengeluarkan riwayat itu oleh al-Bukhari.
Dapat kita lihat al-Bukhari mengeluarkan hadith al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama', misalnya hadith dalam "bab dalam menyebutkan bani israil", berkata al-Bukhari:
َح َّد َث ِن ً ُم َح َّم ٌد ، َق ا َل َح َّد َث ِن ً َح َّج ا ٌج ، َح َّد َث َن ا َج ِر ٌ ٌر ، َع ِن ا ْل َح َس ِن ، َح َّد َث َن ا ُج ْن ُد ُب ْب ُن َع ْب ِد َّالله ِ ، ِف ً َه َذ ا ا ْل َم ْس ِج ِد ، َو َم ا َن ِس ٌ َن ا ُم ْن ُذ َح َّد َث َن ا ، َو َم ا َن ْخ َش ى أ َ ْن ٌَ ُكو َن ُج ْن ُد ٌب َك َذ َب َعلَى َر ُسو ِل َّاللهِ صلى الله علٌه وسلم، َقا َل َقا َل َر ُسو ُل َّاللهِ صلى الله علٌه وسلم " َكا َن ِفٌ َم ْن َكا َن َق ْبلَ ُك ْم َر ُج ٌل ِب ِه ُج ْر ٌح،
. " َف َج ِز َع َف أ َ َخ َذ ِس ِّك ٌ ًن ا َف َح َّز ِب َه ا ٌَ َد ه ُ ، َف َم ا َر َق أ َ ا ل َّد ُم َح َّت ى َم ا َت ، َق ا َل َّالله ُ َت َع ا ل َ ى َب ا َد َر ِن ً َع ْب ِد ي ِب َن ْف ِس ِه ، َح َّر ْم ُت َع ل َ ٌْ ِه ا ْل َج َّن َة
Terjemahan: "Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin 'Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW, dia (al-Hasan) berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada seseorang antara umat sebelum kalian menderita luka cedera tapi dia tidak sabar (dengan derita sakitnya itu) lalu dia mengambill sebilah pisau kemudian memotong tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti (hemorrhage) hingga akhirnya dia meninggal dunia (mati sebab hemorrhage). Lalu Allah Ta'ala berfirman: "Hamba-Ku mendahului Aku dengan membunuh dirinya maka Aku haramkan baginya syurga".
Hadith ini juga dikeluarkan Muslim dalam Jami'nya al-Sahih (113) dengan jalur yang sama dari Jarir, iaitu Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub. Ini menunjukkan bahawa Muslim juga berpendapat al-Hasan mendengar dari Jundub.
Wujudnya riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama' ini merupakan qarain serta bukti kuat bahawa mendengarnya al-Hasan daripada Jundub. Serta mengeluarkan al-Bukhari serta Muslim menunjukkan mereka berhujah dengan riwayat ini dan menguatkan lagi mendengarnya al-Hasan dari Jundub.
Saya telah berbincang dan bertanya akan masalah ini kepada ramai guru-gur u saya, antaranya al-Syaikh Islam bin Mansur (ulama hadith di qaherah, mesir, pentahqiq al-Sunan al-Kubra al-Baihaqi), maka jawab beliau kepada saya:
سماع الحسن من جندب بن عبد الله مختلف فٌه والصحٌح أنه سمع منه، وتصرٌحه بالسماع فً الصحٌحٌن، واعتماده فٌهما دلٌل علٌه، .والمثبت مقدم على النافً
Terjemahan: "mendengarnya al-Hasan dari Jundub bin 'Abdillah, baginya terdapat perselisihan, yang benar ialah dia (al-Hasan) mendengar darinya (Jundub), serta tasrihnya dia dengan sama' dalam al- Sahihain, berpijak dan berpegangnya kedua al-Bukhari serta Muslim merupakan dalil baginya (bahawa al-Hasan mendengar dari Jundub", serta al-muthbit muqaddam 'ala al-nafi", iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian"
Begitu juga saya bertanya kepada guru saya al-Syaikh al-Syarif Hatim al-'Awni (ulama hadith di arab saudi), jawab beliau kepada saya:
صح سماعه منه
Terjemahan: "sah benar mendengarnya (al-Hasan) darinya (Jundub)"
Saya juga telah bertanya hal ini kepada guru saya al-Syaikh Khaled al-Hayek (ulama hadith di jordan), maka jawab beliau kepada saya:
مذهب البخاري أنه سمع من بعض الأحادٌث وهذا ما أمٌل إلٌه
Terjemahan: "mazhab al-Bukhari dalam hal ini ialah, al-Hasan mendengar dari Jundub beberapa hadith, dan inilah yang dicenderunginya"
Namun terdapat yang berpendapat tasrih sama' al-Hasan dari Jundub ini merupakan kesilapan Jarir bin Hazim, iaitu Jarir ketika meriwayatkan hadith ini dan menyebut sanad dia berkata "al-Hasan berkata telah menceritakan kami Jundub", ini sebagaimana kata guru saya al-Syaikh Ibrahim al-Lahim kepada saya:
جرٌر بن حازم ٌخطئونه فٌما ٌنقله عن الحسن مصرحا فٌه بالسماع، راجع كلام أحمد عنه
Terjemahan: "Jarir bin Hazim telah silap dalam menukilkannya dari al-Hasan secara tasrih sama', rujuk kalam Ahmad tentangnya".
Guru saya al-Syaikh Ibrahim al-Lahim berpendapat ia adalah kesilapan Jarir bin Hazim, ini kerana al- Imam Ahmad menyatakan Jarir bin Hazim kerap berbuat silap ketika meriwayatkan hadith al-Hasan dengan menyebut tasrih sama' sedangkan al-Hasan tidak menyebutnya. Antaranya berkata Ahmad bin Hanbal sebagaimana yang dinukilkan Abu Daud dalam Masail al-Imam Ahmad (448/2042):
قال أبو داود: "سمعت أحمد ع ّد من سمع منه الحس ُن من أصحاب النبً صلى الله علٌه وسلم وع ّد منهم: أحمر. قٌل لأحمد: عم ُرو بن تغلِب؟ فجعل ٌج ُبن أن ٌع َّده فٌمن سمع منه الحسن، وقال: لٌس ٌقوله غٌ ُر جرٌر بن حازم ـ ٌعنً ابن حازم عن الحسن قال: حدثنً عمرو "بن تغلب
Terjemahan: "Berkata Abu Daud: Saya telah mendengar Ahmad mengira siapakah yang al-Hasan telah mendengar daripadanya dari kalangan sahabat Nabi, dan Ahmad pun mengira antaranya: Ahmar. Dikatakan kepada Ahmad: `Amr bin Taghlib? Maka dia tidak berani untuk mengiranya dalam kalangan orang-orang yang al-Hasan telah mendengar daripadanya. Dan dia berkata: Tiada yang mengatakannya selain daripada Jarir bin Hazim. Iaitu “Ibnu Hazim daripada al-Hasan, dia berkata: Telah bercerita kepada saya `Amr bin Taghlib”.
Saya kemudiannya mengajukan pendapat bahawa telah silapnya Jarir ini kepada guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari, kemudian beliau meminta saya membentangkan sanad dalam al-Jami' al-Sahih bahawa al-Hasan meriwayat dari Jundub dengan tasrih sama', iaitu sanad:
َح َّد َث ِن ً ُم َح َّم ٌد ، َق ا َل َح َّد َث ِن ً َح َّج ا ٌج ، َح َّد َث َن ا َج ِر ٌ ٌر ، َع ِن ا ْل َح َس ِن ، َح َّد َث َن ا ُج ْن ُد ُب ْب ُن َع ْب ِد َّالله ِ ، ِف ً َه َذ ا ا ْل َم ْس ِج ِد ، َو َم ا َن ِس ٌ َن ا ُم ْن ُذ َح َّد َث َن ا ، َو َم ا َن ْخ َش ى أ َ ْن ٌَ ُكو َن ُج ْن ُد ٌب َك َذ َب َعلَى َر ُسو ِل َّاللهِ صلى الله علٌه وسلم،
Terjemahan: "Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin 'Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW,.."
Selepas melihat sanad ini, maka berkata al-Syaikh Hamzah al-Malibari kepada saya:
تأمل قول حسن )وما نسٌنا منذ حدثنا( وهذا ٌؤٌد أنه سمع
Terjemahan: "perhatikan dengan teliti kata-kata al-Hasan (dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami), ini menguatkan bahawa sesungguhnya dia iaitu al-Hasan) mendengar dari Jundub".
Yang dimaksudkan guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari ialah, wujudnya perkataan al-Hasan bahawa dia tidak pernah lupa apa yang diceritakan Jundub menunjukkan sememangnya al-Hasan mendengar dari Jundub untuk riwayat ini, seterusnya menjadikan pendapat bahawa Jarir telah silap itu tidak tepat.
Maka kesimpulannya ialah, pendapat yang benar tepat ialah al-Hasan sememangnya mendengar dari Jundub. Ini kerana mereka yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub tidak membawa bukti, sedangkan mereka yang menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub membawa bukti iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama', dikuatkan lagi dengan perkataan al-Hasan dalam sanadnya bahawa dia tidak pernah lupa apa yang diceritakan Jundub menunjukkan sememangnya al- Hasan mendengar dari Jundub, serta kaedah umum menyebut "al-muthbit muqaddam 'ala al-nafi", iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian". Allah Maha Mengetahui.
S47: Benarkah sheikh albani rahimahullah telah mendhoifkan beberapa hadis dari sahih bukhari dan sahih muslim. jika benar berapakah bilangan hadis tersebut.
J47: Ya benar, sememangnya al-Syaikh al-Albani ada menilai Dha’if sejumlah yang amat sedikit hadith- hadith al-Sahihain. Namun hakikatnya hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh beliau dalam al-Sahihain sememangnya Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri, ataupun ia sememangnya telah dinilai Dha’if lama dahulu oleh para huffaz Salaf sezaman al-Bukhari dan Muslim, yang merupakan para huffaz yang telah mencapai tahap mujtahid mutlak seperti mereka berdua semisal al-Imam Abu Hatim, al-Imam Abu Zur’ah.
Menurut al-Imam Abu Ja'far al-‘Uqailiy, hanya terdapat 4 hadith daripada 7124 hadith dalam al-Jami’ al- Sahih al-Bukhari yang dipertikaikan kesahihannya oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, al-Imam Yahya ibn Main dan serta al-Imam ‘Ali ibn al-Madini. Kesalahan yang amat kecil ini menunjukkan kehebatan al- Imam al-Bukhari.
Perlu diketahui bahawa kesemua hadith-hadith dalam al-Sahihain yang tidak pernah dikritik oleh para huffaz Salaf yang mencapai tahap mujtahid mutlak dalam hadith yang sezaman al-Bukhari dan Muslim, maka hadith itu kekal Sahih. Manakala hadith-hadith yang telah dikritik oleh para huffaz sezaman al- Bukhari dan Muslim, maka ia terbuka kepada kajian dan tarjih, boleh jadi hadith itu Dha’if dan telah betul para huffaz yang menDha’ifkan, serta boleh jadi ia Sahih dan telah betulnya al-Bukhari dan Muslim.
Bahkan jika kita teliti, maka kita akan mendapati bahawa majoriti hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al-Albani sememangnya Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri.
Misalnya al-Albani menDha’if hadith-hadith dalam al-Bukhari, yang mana hadith itu adalah hadith-hadith mu’allaqat dalam al-Jami’ al-Sahih, ia juga sebenarnya Dha’if di sisi al-Bukhari serta al-Bukhari sendiri mengisyaratkan Dha’if hadith itu, misalnya dengan sighah tamridh (ini secara umum), ataupun ia adalah riwayat mauquf atau maqtu’, yang mana al-Bukhari masukkan riwayat-riwayat ini bukanlah sebagai hadith dalam kitab beliau, namun hanya sebagai mutabi’ dan syahid (penguat), ataupun sebagai pembuka bab. Hadith-hadith seperti ada yang Sahih dan Dha’if, dan yang Dha’if sememangnya telah dinilai Dha’if oleh al-Bukhari sendiri.
Manakala jika kita teliti hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh al-Albani dalam al-Jami’ al-Sahih Muslim, kita akan dapati bahawa hadith itu sememangnya Dha’if di sisi Muslim sendiri, dan beliau mengisyaratkan Dha’ifnya dalam kitabnya sendiri. Perlu diketahui manhaj (metod) Muslim dalam mengisyaratkan ‘ilal hadith dalam kitabnya al-Sahih ialah dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir. Hadith-hadith Dha’if yang dibawa Muslim dalam kitab Sahihnya al-Jami’ ini adalah sebagai hadith-hadith penguat dan bukan usul. Mereka yang meneliti kitab Muslim akan mengenal metod ini, antara buku yang baik membicarakan metod Muslim ini ialah karya guru saya al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari bartajuk “Abqariah al-Imam Muslim”, dianjurkan menela’ah buku ini.
Namun, jika di sana ada (dan saya merasakan tidak wujud) hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh al- Albani dalam al-Sahihain tetapi ia tidak dinilai Dha’if oleh al-Bukhari dan Muslim serta tidak pernah dikritik oleh para huffaz hadith sezaman mereka, misalnya al-Albani menDha’ifkan hadith dalam al- Sahihain dengan zahir isnad, misalnya kerana dalam isnadnya terdapat perawi yang Dha’if. Jika ini ada berlaku, maka pendapat al-Albani adalah tertolak, dan hadith itu kekal Sahih.
Perkara penting, persoalan kenapa wujud para perawi yang Dha’if dalam al-Sahihain? Saya pernah bertanya hal ini kepada guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari, maka jawab beliau kepada saya:
إن الإمام مسلم وكذا الإمام البخاري ٌروون عن الضعفاء ما صح من أحادٌثهم إذاكانت رواٌتهم أعلى من رواٌة الثقات
والعلو له اعتبارات كثٌرة ومعظمها علمٌة وفنٌة ودقٌقة
ومن المعلوم أن الحدٌث الصحٌح الذي ٌروٌه الضعٌف لا بد أن كون قد وافقه الثقات وكان اختٌار مسلم أو البخاري لما رواه الضعٌف كان من أجل علوه من وراٌة الثقات
والله أعلم
Terjemahan: “al-Imam Muslim begitu juga al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada perawi-perawi yang lemah apa yang sahih daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mereka jika periwayatan mereka lebih pendek sanadnya daripada periwayatn mereka yang thiqaat.
Kependekan rantaian periwayatan mempunyai pelbagai sebab yang kebanyakannya perkara-perkara ilmiah, teknikal dan halus.
Dan sebagaimana dimaklumi bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh perawi yang Dha’if, mestilah ia menyamai apa yg diriwayatkan oleh perawi thiqah..
Dan pemilihan Muslim atau al-Bukhari terhadap apa yang diriwayatkan oleh perawi Dha’if adalah kerana kependekan rantaian sanadnya berbanding periwayatan mereka yang thiqaat namun panjang rantain sanadnya”.
Maka dapatlah disimpulkan di sini, bahawa hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al- Albani terbahagi kepada beberapa ketegori:
Pertama, hadith itu sememangnya telah Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri, dan mereka mengisyaratkan Dha’ifnya dalam al-Sahihain sendiri
Kedua, hadith itu sememangnya telah dinilai Dha’if lama dahulu oleh para huffaz Salaf sezaman al- Bukhari dan Muslim, yang merupakan para huffaz yang telah mencapai tahap mujtahid mutlak seperti mereka berdua semisal al-Imam Abu Hatim, al-Imam Abu Zur’ah, ‘Ali ibn al-Madini. Hadith sebegini terbuka kepada kajian dan tarjih, boleh jadi hadith itu Dha’if dan telah betul para huffaz yang menDha’ifkan, serta boleh jadi ia Sahih dan telah betulnya al-Bukhari dan Muslim.
Ketiga, hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al-Albani berdasarkan ijtihad beliau sendiri dengan melihat zahir sanad, jika ada sebegini dan saya merasakan ia tiada, namun jika ada maka penilaian al-Albani tertolak, kerana telah ijma’ ahli ilmu menerima hadith-hadith itu.
Allah Maha Mengetahui.
S48: seandainya saya ingin menghafal hadis. Bolehkah saya menghafal matan hadis yang pendek, walaupun hadis itu panjang. Dan bagaimana cara kita menjaga adab semasa melontarkan sesuatu hadis. Apa yang perlu disebutkan dan diperincikan?
J48: Dengan pendek itu saya kira menghafaz sebahagian matan? Jika begitu tidak mengapa, namun sebutkan bahawa ia adalah dari sebahagain hadith yang panjang. Boleh meriwayat secara lafzi atau makna, rujuk soal-jawab sebelum ini berkenaan riwayat dengan makna. Allah Maha Mengetahui.
S49: apa maksud ilal dan al jarh wal ta'dil?
J49: ‘ilal secara istilah khas bermaksud kecacatan tersembunyi bagi hadith, jarh ialah kritikan, manakala ta’dil adalah pujian. Semua ini akan kita belajar dalam kelas mendatang secara rinci insyaAllah. Allah Maha Mengetahui.
S50: antara hasan sahih dengan sahih manakah lebih tinggi darajahnya?
J50: Jika yang dimaksudkan istilah al-Tirmizi dalam Jami’nya, maka Hasan Sahih adalah lebih tinggi. Lanjut dianjurkan merujuk buku saya “pengenalan kepada sunan al-Tirmizi dan manhajnya”, telah saya rincikan di sana. Allah Maha Mengetahui.
?مقرونا بالصحٌح S51: Adakah semua hadith dhoif dlm Jami' Tirmizi
J51: Hadith-hadith yang Dha'if dalam al-Jami' al-Mukhtasar, maka maknanya benar ini kerana al-Tirmizi menjelaskan bahawa kesemua hadith-hadith dalam Jami'nya al-Sahih diamalkan fiqhnya oleh sebahagian fuqaha' Salaf, kecuali 2 hadith. Allah Maha Mengetahui.
S52: Bagaimanakah kedudukan Az ziyadatu Fil Hadits, yakni tambahan lafadz seorang perawi yang tidak termasuk hadits kedalam matan hadits?
J52: Diterima berdasarkan qarain, dan ditolak berdasarkan qarain, kesemuanya bergantung kepada qarain bagi hadith itu secara khusus, demikian manhaj ahli hadith. Allah Maha Mengetahui.
S53: Adkh kitab Muqaddimah Ibn Assolah tu dlm bahagian ulum hadits dirayah sahaja? Bahkan, apakah sebenarnya beza antara pembahagian ilmu hadits kpd 65 bahagian oleh ibnussolah dan pembahagian ilmu hadits kpd dua bahagian (riwaayah dan dirayah)? Mohon dr beri penjelasan agar boleh menghilangkan kemusykilan ini.
J53: Ia merangkumi ilmu riwayah serta ilmu dirayah. Pembahagian cabang ulum hadith kepada 65 bahagian oleh Ibn al-Solah itu apabila dihimpun dan dikumpulkan maka dapat diringkaskan menjadi dua bahagian saja, iaitu riwayah serta dirayah. Allah Maha Mengetahui.
S54: Adakah memadai memiliki shahih al bukhari, shahih muslim dan al jami' ash shahih mimma laisa fis shahihain jika ingin mengumpul hadis2 sahih?
J54: Secara umumnya mencukupi, bahkan dalam kitab al-Jami' al-Sahih mimma Laisa fi al-Sahihain ada hadith-hadith Dha'if yang dalamnya 'ilal qadihah. Masukkan sekali bersamanya Muwatta al-Imam Malik, maka insyaAllah mencukupi hadith-hadith Sahih, secara umumnya. Allah Maha Mengetahui.
S55: Ada ustaz yg berkata walaupun sahih al bukhari, sahih muslim antara kitab yg paling sahih selepas al quran tetapi tidak sesuai utk rujukan org awam.. mengapa perkara ini berlaku dan apakah maksud sebenar ustaz tersebut.. beliau yg saya kenali arif dalam bab jarh wa ta'dil.. mohon pandangan dari Dr Fathi?
J55: Moga Allah memberkati ustaz tersebut, sungguh apa yang dikatakannya amat benar. Ini kerana kedua al-Sahihain karya al-Bukhari dan Muslim tidak sebutkan fiqh bagi hadith itu secara zahir, al- Bukhari misalnya menyebut fiqh bagi sesuatu hadith secara isyarat dalam abwab serta tarajim kitabnya, abwab dan tarajim kitab al-Jami' al-Sahih al-Bukhari adalah satu topik yang cukup luas, hanya ulama yang benar pakar saja yang mampu memahaminya dengan betul, jika tidak maka seseorang boleh salah
faham. Antara kitab yang amat bagus membicarakan abwab serta tarajim bagi kitab al-Bukhari ini ialah buku bertajuk al-Abwab Wa al-Tarajim Li Sahih al-Bukhari karya Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria. Selain fiqh, al-Bukhari juga mengisyaratkan 'ilal hadith dalam abwab serta serta tarajimnya, iaitu apabila al-Bukhari membuat satu tajuk bab dalam kitabnya al-Sahih yang bertentangan dengan hadith yang di luar kitabnya, itu adalah isyarat akan Dha’ifnya hadith tersebut. Begitu juga dengan kitab Muslim, beliau tidak membuat bab tajuk bab seperti al-Bukhari, sebaliknya ulama terkemudian membuat bab-babnya antaranya al-Nawawi. Muslim juga mengisyaratkan 'ilal hadith dalam kitabnya, Berbeza dengan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi hadith dengan tajuk bab, Muslim pula mengisyaratkan ‘ilal hadith dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir. Kesemua ini adalah amat sukar untuk ditangkap oleh orang awam, hanya mata ahli hadith sahaja yang mampu memahaminya. Bagi orang awam, dinasihatkan jangan membaca kedua kitab al- Bukhari dan Muslim ini secara terus, sebaliknya membaca bersama syarahnya, misalnya membaca al- Jami' al-Bukhari bersama Fathul Bari karya Ibn Hajar atau Ibn Rajab, atau syarah al-Nawawi atas al-Jami' al-Bukhari, serta membaca al-Jami' Muslim dengan syarah al-Imam al-Nawawi. Allah Maha Mengetahui.
S56: Seorang tokoh hadis ada mengatakan ada hadis bukhari, muslim dikritik dari segi dirayah dan adakah ini akan membuka keraguan pada kitab hadis tersebut? minta penjelasan kaedah / apa yg dimaksudkan secara terperinci dirayah tersebut..
J56: Silakan merujuk kepada penjelasan saya dalam J47. Allah Maha Mengetahui.
                         ***********************************

NOTA TERKUMPUL 4


Soalan terkumpul siri #4:
S38
: Boleh dr berikan contoh abwab yg mengisyaratkan 'ilal dalam kitab shahih al bukhari?
J38: Ini adalah soalan yang sangat baik bahkan penting. Baik, para fuqaha’ biasa berkata bahawa fiqh dari al-Bukhari terletak pada tajuk babnya, maka wajib bagi ahli hadith pula berkata ‘ilal dari al-Bukhari terletak pada tajuk babnya. Perlu diketahui, antara manhaj (metod) al-Bukhari meng’ilalkan sesuatu hadith ialah dengan memberi isyarat pada tajuk bab dalam kitabya al-Sahih.
Contohnya hadith yang dikeluarkan Muslim al-Hajjaj dalam Jami’nya al-Sahih daripada Habib bin Abi Thabit dari Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas dari Ayahnya dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, yang mengisahkan bahawa Ibn ‘Abbas bermalam di rumah Maimunah, sebuah hadith panjang yang dalamnya اللهم اجعل في قلبي نورا وفي سمعي “ disebut bahawa Nabi keluar pergi bersolat fajar ke masjid sambil berdoa hadith ini menjadi dalil sunnahnya membaca doa ini untuk pergi ke masjid, iaitu ,نورا وفي بصري نورا doa keluar pergi ke masjid.
Hadith ini dengan lafaz ini adalah Munkar, puncanya ialah kesilapan Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas yang terkeliru ingatannya, beliau tafarrud (menyendiri) meriwayatkan hadith ini dengan lafaz ini. Lafaz yang mahfuz (betul) ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh para ashab Ibn ‘Abbas lainnya terutamanya Kuraib maula ‘Abdullah bin ‘Abbas dari ‘Abdullah bin ‘Abbas akan hadith yang sama dengan kisah yang sama cuma disebut bahawa Nabi membaca doa ini ketika bangun untuk bersolat qiam malam, bukannya ketika keluar menuju masjid untuk solat fajar, maka yang mahfuz ialah doa ini adalah doa ketika qiam malam. Lafaz Kuraib ini yang rajih kerana beliau merupakan awsaq al-naas bagi hadith-hadith Ibn ‘Abbas, beliau adalah perawi yang paling jitu dalam meriwayatkan hadith-hadith dari Ibn ‘Abbas.
Siapakah yang meng’ilalkan hadith ini? Jawabnya adalah al-Bukhari dalam Jami’nya al-Sahih, bahkan juga Muslim turut meng’ilalkannya dalam Jami’nya al-Sahih!
Bagaimana cara al-Bukhari meng’ilalkan hadith ini? Beliau meng’ilalkannya dengan isyarat dalam tajuk bab dalam kitabnya al-Sahih, iaitu beliau membuat bab bertajuk “bab doa apabila terjaga waktu malam” kemudian mengeluarkan hadith ini dengan lafaz yang mahfuz dari Kuraib. Tajuk bab yang dibuat al- Bukhari ini adalah isyarat akan Dha’ifnya lafaz hadith Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas, iaitu al-Bukhari ingin memberitahu bahawa Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas telah silap menjadikannya doa keluar menuju ke masjid, sedangkan yang betul ia adalah doa ketika bangun qiam
malam. Ini adalah isyarat al-Bukhari, iaitu apabila al-Bukhari membuat satu tajuk bab dalam kitabnya al- Sahih yang bertentangan dengan hadith yang di luar kitabnya, itu adalah isyarat akan Dha’ifnya hadith tersebut.
Bagaimana pula Muslim mengisyaratkan ‘ilal bagi hadithi ini? Muslim meng’ilalkan hadith ini dalam kitabnya al-Sahih dengan mengeluarkan hadith ini dari jalur Kuraib dengan lafaz doa ini sebagai doa bangun qiam malam pada awalnya, kemudian beliau membawa semua jalur-jalur lain bagi hadith ini, kemudian di akhir-akhir itu barulah beliau mengeluarkan hadith ini dari jalur Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas dengan lafaz doa ini sebagai doa keluar ke masjid. Ini adalah isyarat dari Muslim akan Dha’ifnya lafaz hadith Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas. Berbeza dengan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi hadith dengan tajuk bab, Muslim pula mengisyaratkan ‘ilal hadith dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir. Mereka yang meneliti kitab Muslim akan mengenal metod ini, antara buku yang baik membicarakan metod Muslim ini ialah karya guru saya al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari bartajuk “Abqariah al-Imam Muslim”, dianjurkan menela’ah buku ini.
Baik, demikianlah satu contoh dari sekian banyak contoh akan cara al-Bukhari dan Muslim mengisyaratkan ‘ilal dan Dha’ifnya sesuatu hadith dalam kitab mereka al-Sahihain. Allah Maha Mengetahui.
Gambar: buku 'Abqariah al-Imam Muslim, yang saya maksudkan dalam J38
S39: Apa perbezaan riwayat bil makna dan riwayat bil lafzi? Benarkah ada ulama hadith yang melarang riwayat bil makna?
J39: Allah SWT mencipta manusia dan menetapkan mereka kapasiti yang berbeza-beza, ada yang gagah serta ada yang lemah, begitu juga ada kuat hafazannya serta ada yang tidak begitu kuat.
Berdasarkan kapasiti kekuatan hafazan ini maka wujud para rawi yang menghafaz serta meriwayatkan lafaz hadith sebagaimana yang dia dengar dan ini dinamakan riwayat dengan lafaz, manakala ada pula yang menghafaz maksud isi (intipati) saja serta tidak terikat dengan lafaz, dia meriwayatkan hadith dengan lafaz sendiri bukannya sebagaimana yang dia dengar dan ini dinamakan riwayat dengan makna.
Riwayat dengan lafaz adalah lebih awla secara mutlak berbanding riwayat dengan makna. Ini kerana riwayat dengan makna terdedah kepada kesilapan, dengan itu para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum meriwayatkan hadith dengan makna, ada yang melarangnya secara mutlak seperti ‘Umar al- Khattab, Zaid bin Arqam, ‘Abdullah bin ‘Umar dan lainnya, manakala ada pula yang mengharuskan riwayat dengan makna dengan syarat-syarat, serta ada pula yang melarang riwayat dengan makna untuk hadith Nabi tetapi mengharuskannya untuk selain hadith Nabi seperti untuk kata-kata Sahabat atau Tabi’in, ada pula yang mengharuskannya untuk hadith yang panjang-panjang saja, dan lainnya syarat.
Perbahasan rinci berkenaan hal ini beserta contoh-contoh, saya anjurkan menela’ah buku karya guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl bertajuk “al-Jami’ fi al-‘Ilal wa al-Fawaid”, jilid ketiga. Allah Maha Mengetahui.
S40: Jika kerja tashih dan tadh'if telah selesai dilakukan oleh imam dan huffaz mutaqaddimin maka apakah "kerja-kerja ilmu hadis" yg boleh dilakukan oleh muhaddith mutaakhirin dan muasirin
J40: Kerja tashih dan tad’if sememangnya telah selesai di lakukan para huffaz Salaf, mereka mengembara mengumpul hadith sekaligus mentahqiq Sahih dan Dha’ifnya. Namun bukan semua mereka menyatakan status hadith secara jelas seperti amalan al-Tirmizi dalam Jami’nya, ada yang menjelaskan status hadith dengan isyarat-isyarat, seperti amalan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi sesuatu hadith di luar al-Sahih dengan tajuk-tajuk bab dalam kitab Sahihnya, serta ada yang mengisyaratkan ‘ilal dengan cara susunan hadith semisal amalan Muslim dalam al-Sahih serta al-Nasaie dalam al-Kubra, dan lainnya cara.
Maka bolehlah kita katakan, antara tugas utama ahli hadith Mutaakhkhirin ialah mengkaji manhaj setiap para huffaz hadith Mutaqaddimin dalam tashih dan ta’lil, manhaj mereka dalam buku-buku mereka, isyarat-isyarat mereka, maksud istilah yang mereka gunakan kerana banyak istilah yang sama tetapi digunakan dengan maksud berbeza, semua ini penting untuk dikaji agar kita tidak salah faham membaca kalam-kalam huffaz serta tidak terlepas isyarat-isyarat mereka. Ini contoh satu tugas utama dalam sekalian banyak tugas ahli hadith mutaakhkhirin. Allah Maha Mengetahui.
S41: Siapa yg mula2 memperkenalkan status taraf hadis dan mengapakah ulama tidak memasukkan hadis dhaif dalam kategori hadis maudhu'?
J41: Semasa Nabi SAW masih hidup, para Sahabat tidak mempersoal taraf hadith, namun selepas kewafatannya Baginda SAW dan timbul zaman fitnah maka para Salaf mula bertanya sumber hadith dan melihat Sahih dan Dha’ifnya. Hadith Maudhu’ termasuk jenis hadith Dha’if, bahkan ia adalah seburuk- buruk Dha’if. Allah Maha Mengetahui.
S42: Apakah makna hadith qudsi?
J42: Hadith qudsi ialah hadith Nabi yang perkatannya mengatakan Allah berkata, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya, ringkasnya ia adalah kata Allah yang disampaikan kepada Nabi dalam mimpi atau ilham, kemudian Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada para Sahabat dengan susunan perkataan Baginda sendiri dan menyandarkan kepada Allah SWT, contohnya Nabi berkata; “Allah berkata “wahai Anak Adam...”. Perlu diketahui bahawa hadith qudsi adalah sama seperti hadith lainnya, ada yang Sahih, Dha’if, Palsu. Telah silap dengan kesilapan yang amat besar mereka yang apabila mendengar hadith qudsi maka mereka mengangka ia Sahih secara automatik. Allah Maha Mengetahui.
S43: Adakah syarah hadis spt berikut: "Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu semua sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan dalamnya al-Baqarah..." bermaksud larangan membaca quran di kubur. Dan apakah benar ibn-Qayim dan imam an Nawawi menganggap bacaan al-Quran di kubur itu adalah amalan yg baik. Dan adakah hadis atau atsar tentang amalan para salaf membaca quran di kubur.
J44: Ya hadith tersebut Sahih dan merupakan satu dalil yang menunjukkan keharaman membaca al- Qur’an di kubur bagi sebahaian fuqaha’. Perkara penting yang perlu difahami ialah, permasalahan membaca al-Qur’an di kubur merupakan khilaf muktabar antara para imam mazhab, al-Syafie membolehkan, sedang Malik, Abu Hanifah serta Ahmad tidak membolehkan, dan dalam pendapat yg lain Ahmad membolehkan hanya ketika pengebumian dan tidak selepas itu. Mereka yang membolehkan berdalilkan riwayat Ibn ‘Umar yang mewasiatkan agar membaca al-Baqarah di kuburnya setelah dikebumikan, riwayat ini diperselisihkan statusnya, dan ini menjadi titik perbezaan pendapat. Seperkara lain, mereka yang membolehkan membaca al-Quran di kubur bukanlah bermaksud bersedekah pahala bacaan itu. Allah Maha Mengetahui.
S44: Mohon pencerahan Dr Fathi tentang pembahagian Sunnah kepada Sunnah Tasyri'iyyah dan Sunnah Ghair Tasyri'iyyah.
J44: Sunnah syariat ialah setiap sunnah yang dilakukan serta diajarkan Nabi dengan panduan wahyu, misalnya menutup aurat, ini adalah sunnah syariat dalam bab pemakaian yang hukumnya wajib, contoh lain pula ialah kewajipan memakan dengan tangan kanan, anjuran membaca basmalah, ini sunnah syariat dalam bab pemakanan, contoh lain anjuran memperbaharui wudhu’ apabila menyentuh kemaluan dan lainnya. Manakala sunnah bukan syariat ialah amalan yang dilakukan Nabi bukan sebab wahyu namun sebab Baginda adalah manusia berbangsa arab, misalnya memakai serban, ia contoh sunnah bukan syariat dalam pemakaian, contoh lain ialah menaiki unta, berubat dengan berbekam dan lainnya semisal. Allah Maha Mengetahui.
S45: Dalam hadis riwayat al-Bukhari berkaitan Nabi SAW mendengar bunyi selipar Bilal dlm syurga. kerana solat Wudhuk.
SOALAN : mohon pandangan dari persetujuan Nabi SAW atas perbuatan Bilal (solat wudhuk) tanpa anjuran Nabi @ adakah Nabi SAW juga buat solat Wudhuk. (soalan 2 in 1)
J45: Bilal (Allah redha atasnya) tidak melakukan perkara baru, solat dua rak’at setelah wudhu sememangnya dianjurkan Nabi SAW dan ia memang disyariatkan berdasarkan hadith Sahih yang dikeluarkan Muslim berbunyi:
َ ف ُ ي َص ل ِّ ي َ ر ْ ك َ ع َ ت ْ ي ِ ن ُ م ْ ق ِ ب ل َ ع ل َ ْ ي ِ ه َ م ا ِ ب َ ق ْ ل ِ ب ِ ه َ و َ و ْ ج ِ ه ِ ه . إ ِ ل ا َو َج َب ْت ل َ ُه ا ْل َج ان ُة
Terjemahan: “Tidaklah seorang Muslim berwudhu’ dengan sebaik-baiknya (sesempurnanya) kemudian mengerjakan solat dua rak’at dengan menghadirkan jiwa dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga”.
Maka jelas di sini Bilal tidak mereka-reka amalan, beliau hanya melakukan amalan yang sememangnya telah disyariatkan serta dianjurkan Nabi, secara konsisten. Allah Maha Mengetahui.